
Jenama kasut dan aksesori gaya hidup yang tidak asing lagi, LARRIE menghangatkan suasana di Pickle Space USJ dengan sebuah acara penuh gaya iaitu Pickleball LARRIE bersama Remaja!
Berlangsung pada 24 April dari jam 2 hingga 5 petang, acara ini bukan saja memperkenalkan koleksi terbaharu LARRIE, tetapi turut menjadi sesi pertemuan 19 wajah kacak dan jelita dari kalangan bekas Hero dan Dewi Remaja yang sememangnya dekat di hati peminat.
Antara nama-nama yang menyerikan acara ini termasuklah pelakon-pelakon popular seperti Imran Aqil, Safwan Nazri, Harris Annuar, Nabil Aqil, Kimberly Chuah, Nurel Baharin, Alyssa Azmi, Syamira Nazir, Azim Yusof, Zaid Erakad, Aryan Naim, Farhan Nordin, Razin Qidran, Aiman Ameer, Reezlyn Shafeera, Bee Aishah, Amira Rafiq, Eiman Wanzul dan Shatirah Amanda. Memang meriah habis!
Pengurus Pemasaran Larrie Malaysia, Lenson Chong berkata, pihaknya berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan majalah Remaja dalam penganjuran acara sukan santai tersebut.
“We are super excited for this event kerana berpeluang berkolaborasi dengan Remaja dan kami rasa sangat bertuah dengan peluang ini,” katanya.
Tambah beliau, acara itu memberikan peluang bukan sahaja untuk bermain pickleball, malah mendekatkan hubungan antara pihak Larrie dan barisan bekas finalis Hero serta Dewi Remaja yang turut hadir.
Lenson turut berkongsi bahawa produk keluaran Larrie amat sesuai untuk golongan muda kerana sifatnya yang ringan dan versatil.
“Bagi saya, produk yang dihasilkan jenama Larrie sangat sesuai dengan golongan remaja kerana material yang digunakan ringan sesuai digayakan ketika melancong mahupun bersukan,” tambahnya.
Fesyen, Fun & Pickleball, Gabungan Padu!
Dengan tema sukan pickleball yang sedang hangat di Malaysia, acara ini memberi peluang kepada para selebriti muda untuk bersantai sambil menyaksikan inovasi terkini LARRIE dalam dunia fesyen gaya hidup aktif.
Para Hero dan Dewi Remaja disajikan dengan pengalaman interaktif termasuk sesi mencuba kasut, memilih dua tampalan eksklusif menerusi kempen Patch Your Style, serta menerima beg cenderamata khas daripada jenama ini. Serius, memang happening!
Apa Yang Baru Dengan LARRIE?
Antara highlight utama yang dipersembahkan termasuk:
Pelancaran koleksi pakaian dalam lelaki LARRIE. buat julung kalinya! Trunks bernafas ini tampil dalam dua rekaan moden, dua warna menarik dan lima saiz standard. Harga pun mesra poket, antara RM29.90 hingga RM39.90 sahaja.
Selain itu, kasut sporty lelaki dan wanita dengan sentuhan moden serta tona klasik seperti hitam, kelabu dan navy yang sesuai untuk mereka yang aktif dan bergaya santai.
Insole G-Tech baharu untuk wanita, yang hadir dengan teknologi 3-Point Rebound untuk keselesaan, sokongan, penyerapan hentakan, dan perlindungan antibakteria. Malah ia membantu meningkatkan peredaran darah juga!
Koleksi beg wanita yang ringan, praktikal dan penuh gaya yang direka khas untuk gaya hidup aktif dengan warna musim panas yang segar dan harga bermula daripada RM99.00 hingga RM129.00.
Sebagai bonus eksklusif, LARRIE turut memperkenalkan kempen Patch Your Style. Dengan setiap pembelian minimum RM100, pelanggan boleh memilih dua tampalan sulaman untuk memperibadikan kasut LARRIE mereka. Memang lain daripada yang lain!
Acara Pickleball LARRIE bersama Remaja ini bukan sekadar pelancaran produk biasa, ia merupakan sebuah perayaan gaya hidup, ekspresi diri dan inovasi fesyen.