EDUTAINMENT FEST SIMPAN SSPN

Edutainment Fest Simpan SSPN, Cipta Kelainan Menghimpunkan Lebih 1000 Kanak-Kanak Belajar Sambil Berhibur!

Kuala Lumpur 24 Ogos – Jenama terkemuka Portal majalah, Pa&Ma, Bintang Kecil dan
Keluarga di bawah Nu Ideaktiv dengan bangganya mempersembahkan Edutainment Fest Simpan SSPN, sebuah program yang menyatukan dunia pendidikan dan hiburan dalam satu pengalaman yang menyeronokkan dan bermanfaat. Dengan sokongan padu daripada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Festival ini bukan sekadar program hiburan, tetapi juga satu platform untuk memupuk
kesedaran tentang pentingnya perancangan kewangan dan simpanan bagi masa depan
pendidikan anak-anak.

Festival hebat ini bertujuan untuk menggabungkan pendidikan dengan hiburan, menawarkan pelbagai bengkel interaktif, aktiviti, dan persembahan untuk kanak-kanak berumur 0-6 tahun yang direka untuk mempromosikan pembelajaran melalui pengalaman yang menyeronokkan.

Edutainment Fest Simpan SSPN ini telah berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 24 &
25 Ogos 2024 yang di adakan di Pusat beli-belah Datum Jelatek dari pukul 9 pagi sehingga
6 petang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Pelbagai aktiviti menarik direka khas untuk memupuk perkembangan minda dan
kemahiran, sambil mengingatkan kepentingan perancangan kewangan melalui sokongan
Simpan SSPN, ibu bapa dan kanak-kanak sama-sama boleh berseronok sambil
mempersiapkan diri untuk masa depan yang lebih cerah.

Sorotan Edutainment Fest:
Himpunan & Perarakan Mega Merdeka: Perarakan mempesonakan dengan penyertaan
kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dengan berpakaian seragam pelbagai warna
dalam menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh kegembiraan dan keceriaan.

Majlis Pelancaran Edutainment Fest: Pelancaran ini menekankan peranan penting
pendidikan dalam membentuk masa depan anak-anak kita. Disokong oleh Simpan
SSPN, ia melambangkan komitmen mereka dalam memupuk generasi muda yang
cemerlang. Pelancaran Edutaintment Fest Simpan SSPN ini akan disempurnakan oleh
Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

Pertandingan Mewarna Mega: Menghimpunkan 1,000 peserta kanak-kanak. Mereka
akan menerima medal dan sijil penyertaan dan tambah menarik, pemenang utama untuk
pertandingan ini akan menerima akaun Simpan SSPN dan set mewarna.

Merdeka Kids Marathon Catwalk: Saksikan bintang kecil berumur 1 hingga 3 tahun
mempamerkan kreativiti dan gaya mereka di atas pentas. 10 peserta terbaik akan
menerima akaun Simpan SSPN dan baucar istimewa, manakala 20 peserta seterusnya
akan mendapat hadiah saguhati.

Penampilan Khas Catfluencer: Pengunjung dapat menemui kucing paling popular di
Malaysia bersama pemiliknya, serta dapat pelajari tentang penjagaan kucing, dan
nikmati pengalaman unik dengan kucing kesayangan anda.

Borak PA&MA Edutainment Fest: Wacana yang bermanfaat bersama selebriti, Syamel
dan Ika Nabella mengenai kepentingan simpanan keluarga dan pengurusan kewangan.
Pengunjung dapat pelajari tips praktikal dan strategi untuk memastikan masa depan
anak-anak mereka terjamin.

Bayi Marathon Race: Pertandingan maraton untuk bayi yang memerlukan peserta untuk
mengharungi siri halangan yang menyeronokkan, dari terowong merangkak hingga
cabaran mencari barang misteri, direka khusus untuk mereka.

Konsert Meletop Bintang Kecil: Penampilan hebat kanak-kanak pra sekolah dengan
konsert yang menonjolkan pelbagai bakat istimewa. Konsert ini menyediakan platform
yang menyokong untuk mengekspresi diri dan menggalakkan perkembangan sosial
mereka.

Putaran Roda Istimewa Edutaiment Fest Simpan SSPN: Pengunjung boleh menyertai
Putaran Roda Istimewa Edutainment Fest Simpan SSPN dengan membuat pembukaan
baharu atau penambahan akaun Simpan SSPN. Pemenang dengan tiket emas akan berpeluang memutar roda untuk hadiah menarik, termasuk akaun Simpan SSPN bernilai
RM1000, baucar penginapan, basikal, car seat, mainan dan banyak lagi hadiah menarik!

Antara selebriti yang turut memeriahkan festival ini ialah Uyaina Arshad, Syamel, Haziq
Hussni, Mark Adam, Ika Nabella dan Dr. Tengku Asmadi. Kehadiran mereka ini menambahkan lagi kemeriahan dan tarikan kepada festival, memberikan pengalaman
yang lebih menarik kepada semua pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, “Kami di
Ideaktiv berbangga dapat menganjurkan Edutainment Fest ini. Program ini bukan sahaja
menyeronokkan, tetapi juga mendidik, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk
belajar sambil bermain. Dengan sokongan daripada SSPN, kami percaya bahawa program ini akan memberi kesan positif yang mendalam, bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak mereka. Kami berharap agar semua peserta menikmati pengalaman ini dan mengambil manfaat daripadanya.”

Editor Pengurusan, Wan Erni Liza, berkata, “Edutainment Fest adalah bukti komitmen
kami untuk menyediakan kandungan yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga
mendidik. Kami percaya bahawa program ini dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi mereka dengan cara yang menyeronokkan sambil memupuk
kesedaran tentang kepentingan perancangan masa depan. Dengan sokongan daripada
SSPN, kami yakin festival ini akan memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada
semua yang terlibat.”