IDEAKTIV MENYEMARAKKAN KEMAKMURAN DI AIDILFITRI MENERUSI
“MAKMUR RAYA”
Shah Alam, 1 April 2024 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Ideaktiv), syarikat usaha sama di antara
Astro dan Karangkraf, menyemarakkan harapan dan perpaduan melalui kempen Makmur
Raya. Sempena perayaan Aidilfitri tahun ini, Ideaktiv ingin mengajak masyarakat untuk
menghayati intipati sebenar kemakmuran, dimana genesis Makmur Raya terletak pada
keinginan kolektif untuk kebahagiaan, kebersamaan dan pembaharuan dalam kehidupan.
Selepas mengharungi beberapa tahun yang banyak pasang surutnya, Ideaktiv menyedari
keperluan untuk menanamkan mesej positif ke dalam fabrik masyarakat. Sebagai
penggerak utama untuk komuniti, Ideaktiv bertindak sebagai jaguh optimisme demi
melakar fajar baru ke arah masyarakat yang Makmur dari segala aspek. Pada terasnya,
Makmur Raya merangkumi semangat keterangkuman dan belas kasihan, mengatasi
halangan kaum, agama, dan jurang ekonomi. Ia adalah seruan kepada semua rakyat
Malaysia untuk berdiri bersama-sama, berganding bahu, dan mengesahkan komitmen
mereka terhadap kemakmuran dan kesejahteraan kolektif.
Naratif kempen ini memfokuskan kepada filem pendek istimewa Ideaktiv, Pangsa Makmur.
Berlatarbelakangkan di tengah-tengah masyarakat bandar yang sibuk, filem ini
mengisahkan perjalanan Myra, seorang gadis Melayu berusia 26 tahun, anak yatim piatu
yang gigih menyara kehidupannya dengan semangat kentalnya menjadi penyeri harapan
di saat hidupnya diuji. Menyongsong hari-hari sendirian di kota raya. Myra merupakan
seorang ambivert dimana dia sentiasa mempamerkan perwatakan yang ceria di depan
orang ramai namun cenderung untuk menyendiri. Myra adalah representasi generasi
muda Malaysia yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan sifat keikhlasan yang
mendalam untuk orang sekelilingnya. Walaupun menghadapi cabarannya sendiri, dia
sentiasa berusaha untuk memberi kegembiraan dan kebaikan, menyentuh kehidupan
orang di sekelilingnya dengan senyuman dan pertolongan. Menjelang perayaan Raya,
Myra memulakan misi yang dekat di hatinya iaitu berkongsi resipi kuih Makmur yang
digemari arwah ibunya kepada jiran-jiran. Tradisi ini berfungsi sebagai simbol warisan dan
komuniti, merapatkan jurang budaya dan memupuk perpaduan.
Kisah Myra di dalam Pangsa Makmur disulami dengan kekecewaan dan keraguan terhadap
dirinya, dan dengan menonjolkan sifat makmur dan kebersamaan oleh Myra dan orang-orang disekelilingnya, menjadikan filem pendek ini tepat menyingkap kisah yang
semestinya berlaku dikalangan masyarakat hari ini.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, berkongsi
sentimen ikhlasnya, ‘Kami di Ideaktiv mahu menjadi suara komuniti, tetapi apabila kami
menjalankan sesi ‘brainstorming’ untuk Kempen Ramadan-Raya tahun ini, pelbagai idea
telah diberikan, namun tiada yang cukup tepat untuk diangkat sebagai tema perjuangan
Ideaktiv. Dengan perkongsian cerita dan pengalaman sebenar masing-masing, kami
menemui kata kunci yang ringkas namun cukup memberi inspirasi iaitu ‘Makmur’. Di
sebalik konotasi politiknya, ‘Makmur’ melambangkan harapan dan kemakmuran sejagat.
Berpaksikan etos ini, kami berhasrat untuk memberi makna jelas ‘Makmur’ yang pastinya
melangkaui politik, memupuk daya tahan dan positif saat diuji. Dengan menuntut semula
dan menonjolkan semangat ‘Makmur’, kempen ini berhasrat untuk memberi inspirasi
kepada kekuatan kolektif dan keyakinan. menggesa rakyat Malaysia menghayati semangat
‘kemakmuran.’
Tambahnya pula, “Saya amat berbangga dengan warga Ideaktiv yang bertungkus lumus
untuk memastikan filem pendek kami, Pangsa Makmur menyampaikan mesej yang tepat
kepada penonton. Pangsa Makmur berfungsi sebagai peringatan dan panduan tentang
daya tahan semangat manusia dan kuasa transformatif masyarakat dan saya boleh
katakan bahawa ia telah disampaikan dengan berkesan dalam filem pendek ini.”
Selain itu, Encik Syamil Fahim menekankan bahawa Ideaktiv akan mengukuhkan mesej
Makmur ini melalui aktiviti yang telah dirancang untuk rakan niaga, klien dan rakan media.
“Sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini, kami
akan mengedarkan ‘Kotak Eksklusif Makmur Raya’, dimana ianya direka dan dihasilkan
untuk kegunaan semasa bersama kaum keluarga dan rakan-rakan di hari raya nanti. Di
samping usaha promosi digital, kami juga akan turun padang untuk menyebarkan
semangat ‘Makmur’ kepada masyarakat dengan mengedarkan Kuih Makmur dan Paket
Raya Eksklusif Ideaktiv di majlis berbuka puasa. Inisiatif-inisiatif ini adalah penting dalammemperkasakan jangkauan kempen Makmur Raya dan mengukuhkan kedudukan Ideaktiv sebagai Hab Kandungan Melayu yang terulung di negara ini.”
Menjelangnya musim perayaan Aidilfitri, Ideaktiv menjemput rakyat Malaysia dari semua
lapisan masyarakat untuk menyambut dengan penuh rasa Makmur dan dalami
keterangkuman mesej Pangsa Makmur di saluran YouTube Ideaktiv dan semua platform
digital mulai 1 April 2024. Dengan ucapan Raya yang tulus ikhlas, Ideaktiv berharap agar
perhubungan dan sokongan yang berterusan daripada semua rakyat Malaysia sekaligus
memupuk komuniti yang didorong oleh semangat Makmur. Semoga kita bersama-sama
menyambut Makmur Raya yang penuh dengan kasih sayang, perpaduan, dan
kebersamaan yang tidak terhingga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ideaktiv dan ikuti kami di media sosial untuk
info terkini, berita dan isu sosial semasa, perbincangan, dan kandungan yang penuh
inspirasi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
#MakmurRaya #MakmurBersama
Tonton Pangsa Makmur di Sini: