MARI SEENI KARNIVAL UDA PULAU PINANG 2024

Mari seeNI Rancakkan Kemeriahan Karnival UDA 2024

Pulau Pinang, 26 Julai 2024: Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 bakal digegarkan
melalui penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama
terbaharu ini dijangka akan memeriahkan dan merancakkan lagi program tahunan ini.
UDA Holdings Berhad, yang memegang mandat daripada Kementerian Usahawan dan
Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan golongan usahawan mikro, kecil, dan
sederhana (PMKS), juga selari dengan misi Mari SeeNI. Ini menjadikan pelancaran Mari
SeeNI di Karnival UDA 2024 satu pengaktifan jenama yang sangat tepat pada masanya.

Karnival untuk tahun ketiga penganjurannya itu membawa semangat dan aspirasi tinggi
memperkasakan pemilikan hartanah serta pembabitan usahawan Bumiputera dalam
landskap ekonomi bandar. Di bawah naungan UDA, karnival ini bukan sekadar acara,
tetapi simbol keteguhan usaha dan komitmen memperkukuh ekonomi Bumiputera.

Sebagai tanda penghargaan buat Karnival UDA, Mari seeNI akan memberikan
kemeriahan yang berganda melalui rangkaian aktiviti eksklusif yang direka mengikut zon-zon bertema, selaras dengan zon yang tersedia di Karnival UDA 2024.

Karnival UDA 2024 yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu, menampilkan kelainan
dan konsep Baharu iaitu tujuh (7) Zon untuk seisi keluarga merangkumi Pavilion UDA,
Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa & Ma, Jualan Pelbagai di mana Mari seeNI akan
memeriahkan lima (5) Zon di Karnival UDA 2024 melalui penglibatan jenama-jenama
Ideaktiv secara langsung di tapak karnival. Selain daripada itu, inisiatif Mari seeNI juga
akan merangkumi liputan media istimewa aktivi-aktiviti mengikut zon dan jenama yang
relevan, sekaligus memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 mengunakan platform
digital Ideaktiv secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi dan kelestarian
usahawan Bumiputera.

Mari seeNI akan menghidupkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan
jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival. Di samping itu, inisiatif Mari
seeNI juga akan melibatkan liputan media istimewa bagi setiap aktiviti dan jenama yang
berkaitan mengikut zon-zon, sekaligus memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024
melalui platform digital Ideaktiv dan secara tidak langsung membantu memajukan
ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama
kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan
menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai
kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.

Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:

1. Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang 26 – 28 Julai 2024
2. Bandar Tun Hussein Onn, Selangor 27 – 29 September 2024
3. Angsana Johor Bahru Mall, Johor 11 – 13 Oktober 2024
4. Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak 25 – 27 Oktober 2024

-TAMAT-