TRANSFORMASI DIGITAL OLEH IDEAKTIV: PELANCARAN APLIKASI SEENI DAN PORTAL KLIIK.JE
Kuala Lumpur, 13 September 2024 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan yang terkenal dengan inovasi digitalnya, dengan bangga mengumumkan pelancaran dua produk terbarunya: aplikasi seeNi dan portal Kliik.je. Pelancaran rasmi berlangsung pada 13 September 2024 di Hall 7 (Main Hall) Kuala Lumpur Convention Centre), Kuala Lumpur.
Aplikasi seeNi adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv, dengan matlamat untuk merevolusikan cara pengguna menggunakan kandungan digital. Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast, dan siri seeNi Original. Pengguna dapat mengakses aplikasi ini secara percuma melalui Google Playstore, Apple App Store, dan Huawei AppGallery. Dengan seeNi, pengguna dapat menikmati pengalaman interaktif dengan menyukai, mengomentari, dan berkongsi kandungan yang mereka suka. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menjadi pencipta kandungan
dan memperoleh pendapatan melalui platform ini.seeNI adalah SuperApps yang dibangunkan oleh syarikat lokal untuk lokal.
Selain itu, di dalam SeeNi juga mempunyai portal yang menggabungkan 18 IPs(Jenama Media) Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, Kita Family Podcast. seeNI juga memberi ruang kepada pencipta kandungan seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya. Selain itu, kita juga menyediakan siri original seperti WTH Podcast. Portal ini dirancang untuk menjadi destinasi utama untuk kandungan digital berkualiti dan menyokong pencipta kandungan tempatan.
Kliik.je pula adalah platform yang interaktif dan berasaskan komuniti, direka untuk memupuk kegembiraan dan keterujaan dalam kalangan komuniti, menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan boleh mendapat ganjaran menarik kepada penggunanya termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, event, seminar, dan webinar. Pengguna boleh mendaftar di Kliik.je dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.
Pelancaran Aplikasi seeNI dan Portal Kliik.je ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan (Senior Vice President), Malaysia Digital Economy
Corporation (MDEC). Pelancaran ini disambut dengan baik oleh tetamu yang hadir yang terdiri daripada tokoh-tokoh industri, pemimpin politik, warga media dan orang ramai. Dengan aplikasi seeNi, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis kandungan yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan. Portal Kliik.je pula akan menjadi pusat komuniti yang memperkasakan pengguna dengan pelbagai ganjaran dan peluang.
Ideaktif yakin kedua-dua platform ini akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi digital di kalangan rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, menyokong ekonomi digital negara. Inisiatif seperti ini adalah contoh terbaik bagaimana teknologi boleh digunakan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, menyatakan
kegembiraannya dengan peluang untuk membawa inovasi digital tempatan kepada masyarakat Malaysia. Beliau juga turut menyatakan bahawa ini adalah langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara. Beliau menekankan bahawa aplikasi seeNi dan portal Kliik.je bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan.
Encik Syamil juga menegaskan komitmen Ideaktiv adalah untuk terus berinovasi dan
memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan platform yang relevan dan bermakna. Ideaktiv juga bercita-cita untuk menjadikan seeNi dan Kliik.je sebagai penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan dan akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman yang unik dan bermakna kepada pengguna mereka.