Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 Kini Di Kaca Televisyen Anda

Tiga tahun sudah berlalu sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon dan selebriti tempatan, Farza Naquraisha Rizrose, 22 tahun atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose. Kini, Pencarian Dewi Remaja kembali untuk mencungkil serta mencari personaliti terbaik dari seluruh Malaysia.

Hadir dengan tema ‘Pesonakan Bintangmu’, Dewi Remaja merupakan platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu.

Seramai 20 orang calon peserta Dewi Remaja telah terpilih untuk saringan akhir seperti yang telah diumumkan. Walau bagaimanapun, hanya 12 orang sahaja yang akan memenuhi slot selaku finalis.

12 finalis ‘Pencarian Dewi Remaja 2018/2019’ yang berjaya diserap masuk adalah HANEESYA HANEE (18, Kuala Lumpur),  TIA SHAH (18, Selangor), ANNA JOBLING (18, Kuala Lumpur), ARY (19, Selangor), RANIA (19, KUALA LUMPUR), LYDIA (20, Sabah), AWEEN (20, Kelantan), RASYA (22, Selangor), ZEERA (22, Selangor), SHERIN (23, Selangor), ERNISHA (23, Selangor) dan FAZ (20, Johor).

Program ‘Dewi Remaja 2018/2019’ akan menemui penonton pada setiap hari Ahad, jam 10.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 25 November 2018. Program ini menampilkan Scha Al-Yahya sebagai pengacara dan Datuk Hans Isaac dilantik sebagai juri tetap pada setiap minggu.

Dari kiri: Datuk Hans Isaac, Scha Al-Yahya, Datuk Aznil Hj Nawawi

Untuk info terkini mengenai program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019, kunjungi laman web www.remaja.my/dewi, Facebook [dewiremaja] dan Instagram [majalahremaja].