Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

Meriah, segar dan menyeronokkan. Itu lah gambaran awal yang boleh diperkatakan tentang penganjuran ekspo barangan keperluan bayi berskala besar yang julung kali diadakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Pa&Ma Baby Fiesta 2019. Berlangsung selama tiga hari iaitu pada 2,3 & 4 Ogos 2019 di Shah Alam Convention Centre, ekspo barangan keperluan bayi dan ibu ini mendapat sambutan sangat mengalakkan daripada pengunjung.

Ekspo yang mengangkat jenama majalah dan portal keibubapaan No.1 Malaysia; Pa&Ma, telah dikunjungi hampir 25 ribu orang dari bandar-bandar utama berhampiran Shah Alam. Penganjuran berkonsepkan pesta-ekspo ini memberi pengalaman beli belah lebih santai dan menghiburkan berikutan banyak aktiviti menarik melibatkan penyertaan kanak-kanak dan penjaga diadakan.

Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

 

Ekpo ini telah mendapat sokongan daripada ramai pengusaha barangan keperluan bayi, kanak, ibu dan keluarga sama ada dari usahawan kecil dan sederhana hinggalah ke jenama besar dan terkenal. Antaranya, pengunjung berpeluang mendapat banyak maklumat bermanfaat daripada pihak syarikat insurans iaitu AXA Insurance, ganjaran beli belah berganda dari Boost App untuk pembelian tanpa tunai selain pemeriksaan kesihatan percuma oleh hospital Avisena.

Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

 

Keperluan utama lain seperti susu, pakaian, supplement seperti vitamin, set penjagaan berpantang, aksesori, produk pendidikan, penjagaan kesihatan dan badan bayi, spa, pusat berpantang dan banyak lagi berjaya menambah variti produk yang ditawarkan di Pa&Ma Baby Fiesta. Kebanyakan pempamer produk dan servis ini menawarkan potongan diskaun sehingga 99% malah ada juga produk yang dijual pada harga luar biasa iaitu RM1. Bagi menjaga kepentingan pelanggan, mereka tidak perlu risau dengan tawaran hebat yang ada kerana kesemua produk telah disenaraikan di KPDNHEP.

Sepanjang fiesta berlangsung, pengunjung bukan sahaja dapat membeli belah keperluan bayi dan diri malah diberi peluang mengetengahkan bakat, menambah pengetahuan menerusi seminar dan bengkel tentang keibubapaan dan lebih menarik berpeluang merebut pelbagai hadiah menarik yang disediakan oleh Pa&Ma.

Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

 

Acara-acara menarikyang boleh disertai kanak-kanak berusi seawal 6 bulan turut diadakan seperti Himpunan Super hero, Pertandingan Baby merangkak race, pertandingan mewarna, sesi yoga ibu hamil, pertunjukan fesyen ibu mengandung, seminar Mmevesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato; Dr. Hamid Arshat, penampilan khas Didi & Friends dan banyak lagi acara menarik diadakan. Tidak ketinggalan juga para pengunjung berpeluang bertemu dengan selebriti terkenal tanah air seperti Fouziah Gous, Dazrin serta pengacara rancangan TV Pa&Ma iaitu Mawar Rashid bersama pasangannya iaitu Raf.

Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019 Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

Pengunjung Terhibur Dan Puas Di Pa&Ma Baby Fiesta 2019

 

Melihatkan sambutan yang hebat daripada para pengunjung, Pa&Ma Baby Fiesta 2020 bakal dianjurkan pada 4,5 & 6 September 2020 di Setia City Convention Centre. Kemeriahan lebih berganda, tawaran lebih menakjubkan dan variti produk juga lebih menarik. Jumpa anda di sana!