SEDEKAD MENYEBARLUAS MESEJ AL-QURAN, WORLD #QURANHOUR KINI MENGANGKAT SURAT AL-SAFF UNTUK SEBARKAN NILAI-NILAI MURNI

Menjadi kebiasaan sejak hampir sedekad yang lalu, seluruh negara akan bergema dengan alunan bacaan al-Quran selama 1 jam dalam World #QuranHour yang mengajak seluruh umat Islam mengaji bersama-sama walaupun di mana mereka berada.

Memasuki sedekad penganjurannya di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), World #QuranHour tahun ini akan sekali lagi mencipta gelombang baca, faham dan amal Al-Quran.

Penganjuran tahun ini akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 25 Mac 2025. Tahun ini Surah al-Saff menjadi surah pilihan bagi program berkenaan.

SEDEKAD MENYEBARLUAS MESEJ AL-QURAN, WORLD #QURANHOUR KINI MENGANGKAT SURAT AL-SAFF UNTUK SEBARKAN NILAI-NILAI MURNI

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, pemilihan Surah al-Saff, antara lain kerana mengandungi seruan supaya umat Islam bersatu dan mencontohi semangat Hawariyyun, iaitu para pembantu agama Allah dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.

Beliau berkata, program kali ini mengangkat tema “#SavingTheUmmah” dan pihaknya amat mengharapkan komitmen berterusan media tempatan untuk terus berkongsi sinergi menguar-uarkan kempen World#QuranHour agar gelombang baca, faham dan amal al-Quran berkembang kepada lebih banyak negara.

SEDEKAD MENYEBARLUAS MESEJ AL-QURAN, WORLD #QURANHOUR KINI MENGANGKAT SURAT AL-SAFF UNTUK SEBARKAN NILAI-NILAI MURNI

“Penyatuan dan sinergi media selama sedekad telah mencetuskan impak perkembangan gelombang al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia apabila kempen #QuranHour merangkumi World #QuranHour, Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranCovention kini mencecah 7.89 bilion capaian di media sosial sejak dimulakan pada 2015.

“Kempen yang diinspirasikan daripada program Let’s Read Together For 10 Minutes anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) pada 2014 ini juga telah diadakan di 313 lokasi melibatkan 76 negara,” katanya semasa Taklimat Sinergi Media sempena World #QuranHour 1446H di sini hari ini.

Dijadual bermula pada 12 hingga 1 tengah hari, program World #QuranHour bakal menampilkan bacaan daripada qari, perkongsian tadabbur dan resolusi daripada Surah al-Saff yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian dan QuranHour.