
Setiap Wanita, khususnya yang sudah mencecah usia ‘emas’ pastinya mendambakan kesihatan yang baik dan tenaga yang cukup bagi meneruskan keberlangsungan hidup dengan lebih proaktif dan produktif.
Begitu juga dengan kakak kepada penyanyi lagenda yang sinonim dengan gelaran ‘Ratu Rock’ Malaysia, Jojie Aminuddin yang sememangnya terkenal dengan awet mudanya di kalangan Masyarakat di Malaysia.
Malah, Jojie amat menitikberatkan tentang Kesihatan miliknya terutamanya kesihatan kulit dan tenaga untuk beribadah di usia yang saban tahun makin lanjut. Tambahnya lagi, tuntutan kerja dan kesibukkan menguruskan anak serta suami kadang kala memberi kesan kepada diri hingga tampak lesu dan tak bermaya.
SEMANIS Kaya Dengan Makanan Sunnah, Sumber Tenaga Para Wanita!
View this post on Instagram
Dek kerana sering diasak persoalan bagaimana Jojie menjaga kesihatan dan kelihatan awet muda meski meniti usia 60 Tahun, ini respon yang diberikan oleh kakak kepada Ella.
“Rahsia saya hanyalah amalkan makanan-makanan sunnah, saya dah mulakan seawal usia belasan tahun lagi. Sebab ayah Jojie berketurunan Arab jadi dia memang amalkan makan kurma dan makanan sunnah ni di rumah selalu, saya terikut.
“Alhamdulillah.. Setakat hari ini, Jojie sememangnya sihat dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung mahupun penyakit buah pinggang.
Ketika ditanya apakah ‘turning point’ yang membuatkan Jojie terdetik untuk mengkormesialkan amalan makanan sunnah turun temurun milik bapanya, Jojie mendedahkan bahawa dia cukup terkesan apabila melihat rakan-rakan seusia yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.
Jojie berkata SEMANIS merupakan salah satu usaha dan ‘rahsia’ yang diamalkanya untuk kekal bertenaga dalam menjalankan tugas sebagai ibu rumahtangga, dalam masa sama wanita bekerjaya.
Enggan lokek dan menikmati manfaat berseorangan, Jojie menterjemahkan hasrat murninya ini menerusi SEMANIS bersama visi memelihara kesihatan dalaman wanita.
Sihat Sambil Kumpul Pahala
Tambahnya, pada masa sama Jojie mahu mempopularkan kembali kebaikan makanan-makanan sunnah yang sememangya dianjurkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
“Atas dasar ini, maka lahirlah SEMANIS by Jojie Beauty. SEMANIS merupakan minuman campuran berbentuk sachet yang mengandungi Vitamin C dengan ekstrak Blueberi, Torula Yeast Extract, ekstrak Kulat Putih, Habatussauda, Halia dan lain-lain lagi.
“Semanis dihasilkan dari inspirasi Jojie sendiri dan merupakan buah tangan khusus untuk para wanita yang amat menyayangi diri sendiri dan mahu memelihara kesihatan meski sibuk menguruskan kehidupan seharian, selain itu dapat mengumpul pahala dengan amalan makanan sunnah ini.
“Sehubungan itu, SEMANIS boleh di dapatkan secara fizikal menerusi ejen-ejen sah yang bernaung di bawah Jojie Beauty atau menerusi sosial media rasmi Tik Tok, Instagram, Facebook kami,” ujarnya.
Sekadar info, Jojie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar dan Pelancaran produk SEMANIS by Jojie Beauty yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka Ibu Kota pada minggu lalu.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh tonggak utama kejayaan Jojie, iaitu suami Syahrizal Ismail dan anak gadis yang cantik dan bijak Yang Maryam Syahrizal yang kini berusia 8 tahun.
Sumber : Instagram Jojie Aminuddin, Instagram Jojie Beauty