Semua Pihak Bergabung Sebagai Barisan Hadapan RasuahBuster

SHAH ALAM – Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.

Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.

Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.

Website rasmi RasuahBusters di www.rasuahbusters.com

RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.

Orang ramai boleh sertai RasuahBusters menerusi platform khas yang disediakan

Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.

Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920

Bergabung sebagai #RasuahBusters di
https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:

Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters

Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.

#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv