Dewi Remaja 2022

2022 | Majalah Remaja

10 peserta bakal berentap di pentas akhir finale Dewi Remaja 2022, Saksikan siapakah bakal dimahkotakan sekaligus meneruskan legasi secara langsung Sabtu ini, 3 September 2022 bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria dan menerusi aplikasi Astro Go.

8 EPISOD

Sebut sajalah mana-mana juara Dewi Remaja, pasti terus terbayang imejnya yang berstail, menarik & sentiasa menjadi ikutan. Bagi memulakan cabaran, 16 orang finalis perlu buktikan kepada jurufoto terkenal, Ridduan Ismail aka TTFGA; juri tetap Rozita Che Wan & juri jemputan rahsia minggu ini bahawa mereka menepati kriteria imej seorang Dewi.

Haa, finalis Dewi Remaja perlu masuk gelanggang Muay Thai?? Jangan terkejut kalau girls pun boleh lawan tau! Tapi sebelum mulakan cabaran minggu ini, mereka telah melakukan persiapan rapi dahulu dengan dua minuman istimewa daripada Kinohimitsu. Barulah bertenaga kesemua peserta untuk beri saingan.

Bukan satu, bukan dua tetapi empat orang pereka fesyen terkenal Malaysia menantikan kehadiran finalis Dewi Remaja 2022 di butik mereka. Pada minggu ini, setiap finalis perlu berkejar ke empat lokasi berbeza untuk menyakinkan pereka fesyen di butik Kashfi Zulkufli, Melinda Looi, Petra dan Syomirizwa Gupta memilih mereka sebagai ‘muse’ masing-masing. Untuk tampil lebih bersedia dan berseri, mereka dilengkapkan dengan WonderDewi Cica Series by WonderLab

Menjadi seorang ‘public figure’ adalah umpama mewakili jenama peribadi. Identiti diri setiap finalis Dewi Remaja 2022 pastinya berlainan dan memiliki keistimewaan tersendiri. Berbanggalah! Dan wakilinya sebaik mungkin. Minggu ini, 15 finalis bertentang mata dengan beberapa penyampai lokal hebat bagi mengasah skil komunikasi & pengucapan awam. Siapa pula yang bakal menyinar mahupun kecundang?

Di bawah arahan Michael Ang, Tracie & Malle telah menjayakan cabaran lakonan untuk episod kelima Dewi Remaja 2022. Apa pendapat korang mengenai lakonan mereka?

Err SERAM! 12 orang finalis Dewi Remaja 2022 pada minggu ini berdepan dengan ketakutan sewaktu melakukan cabaran pengacaraan di beberapa lokasi berbeza. Ada tak yang ternampak kelibat atau dikacau sewaktu berada di sana?

Hanya tinggal 11 orang finalis yang berjuang bagi menempah slot ke pentas finale Dewi Remaja 2022. Berdebar rasanya kan! Pada minggu ini, mereka berdiri di pentas teater bagi menjayakan dua buah persembahan secara langsung di hadapan para penonton termasuklah pelajar-pelajar, ahli keluarga & rakan-rakan sendiri! Nasib baik dewi-dewi sudah tampil bersedia dan ‘glowing’ dengan set WonderDewi Cica Series oleh Wonderlab.

10 hari telahpun berlalu sejak Tracie Sinidol dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022 dan kami masih belum ‘move on’ dengan malam kemuncak itu! Bayangkan sajalah, mereka mempunyai kurang dari seminggu untuk berlatih & hanya EMPAT jam sahaja untuk belajar menari. Nasib baik ada Kinohimitsu Snow Activ yang mampu menambah keserian dan keyakinan setiap peserta pada malam itu.