Pa&Ma Superkids Fiesta Syurga Keriangan & Keterujaan Kanak-Kanak

Pa&Ma SuperKids Fiesta 2019 buat pertama kalinya dianjurkan berjaya menarik kehadiran lebih 25 ribu pengunjung selama tiga hari penganjurannya. Membawakan tagline Pesta Kanak-kanak Pilihan No.1 Keluarga, acara tahunan ini banyak memberi kesan positif kepada semua pengunjung khasnya kanak-kanak. Kebanyakan pengunjung yang hadir sengat teruja dengan setiap acara yang disajikan tanpa henti demi keriangan kanak-kanak dan keluarga. Ini merupakan pesta kanak-kanak yang bakal dianjurkan setiap tahun oleh penganjur; NU Ideaktiv Sdn Bhd.

Penganjuran julung kali diadakan ini telah berlangsung pada 1,2 & 3 November 2019 di ruang legar pusat beli-belah Quill City Mall Kuala Lumpur yang merupakan penaja rasmi ruang acara pesta ini. Ruang legar yang luas dan lengkap dengan skrin LED yang besar merupakan kelebihan kepada pengunjung untuk berasa selesa, apatah lagi pusat ini turut dilengkapi kemudahan meletak kereta yang banyak, surau yang selesa dan tempat makan yang pelbagai pilihan.

 

Hasrat penganjur menjadikan pesta kanak-kanak ini sebagai satu pengalaman terbaik dan menyeronokan dalam hidup mereka secara teknikalnya berhasil. Pesta kanak-kanak ini padat dengan pelbagai aktiviti yang semuanya dibuka untuk penyertaan kanak-kanak berusia seawal 4 tahun hingga 12 tahun. Objektif utama untuk mencungkil bakat dan kemahiran kanak-kanak jelas berjaya. Kehadiran 120 anak-anak yatim di bawah program CSR penganjur turut memberi keterujaan kepada mereka yang dapat menyertai Pertandingan Mewarna 3D secara percuma.

Antara acara atau pertandingan yang mendapat sambutan hangat kanak-kanak ialah Himpunan Cita-cita anjuran Pa&Ma, Bakat Si Cilik, Perhimpunan VIP Princess, Pertandingan BeyBlade Challenge, Pertandingan Mewarna 3D SuperKids , Pop Kuiz dan Musical Chair anjuran SSPN.

 

Memahami jiwa kanak-kanak yang sukakan keseronokan, penganjur turut menyediakan ruang permainan Video AR & VR yang dibawakan khas oleh Magicx UTM, Johor, persembahan nyayian bakat cilikASTRO, penampilan tetamu istimewa Lisa Surihani dan Yusry, Didi & Friends, Omar & Hana, Boboiboy & Yaya, rumah hantu , fun ride, pemeriksaan gigi percuma oleh Fakulti Pergigian UM, pemeriksaan kanak-kanak autisme percuma dari Hospital Naluri, Kuala Lumpur dan paling mengujakan kehadiran binatang-binatang peliharaan kecil oleh Gimmo Petting Zoo.

 

Bukan sekadar menyeronokkan kanak-kanak, malah ibu apa yang hadir juga berpeluang mendaftar dan membuka akaun Tabung Pendidikan anak-anak mereka kerana SSPN membuka booth selama tga hari acara berlangsung. SSPN turut menawarkan hadiah menarik bernilai RM1.1 juta yang mana pengunjung bertuah akan membawa pulang SUV Proton X70.

 

Selain SSPN, jenama minuman terkenal YEO’s turut menaja 10,000 botol minuman untuk diberikan kepada para pengunjung selain Afy Haniff yang turut menaja Splash, sabun pencuci tangan berbuih untuk perlindungan kebersihan seisi keluarga.

Acara meriah seperti ini pastinya bertambah ceria dengan adanya kolaborasi baik antara NU Ideaktiv Sdn Bhd dan Astro menerusi saluran Astro Ceria yang membawa mascot Didi & Frinds, Omar dan Hana serta selebriti cilik mereka.

Ternyata penganjuran pertama kali ini cukup meriah , berjaya mencapai matlamat dan ia akan dianjurkan sekali lagi pada Disember 2020 nanti. Kepada anak-anak di luar sana, nantikan kemunculan Pa&Ma Superkids Fiesta 2020 ya.