‘Surprise Box’ Hijabista Jawi Lipstik Untuk Hijabista Edisi Julai-September 2019

Buat julung kalinya Hijabista edisi istimewa 100% tulisan jawi dengan menampilkan penghias muka depan Hanis Zalikha. Edisi istimewa Jawi Lipstik ini diharap dapat membawa kesedaran kepada semua pembaca Hijabista yang rata-ratanya golongan milenial, bahawa suatu masa dahulu tulisan jawi pernah menjadi perantara utama media cetak di Tanah Melayu tidak mengira bangsa dan agama.

Edisi Hijabista kali ini dinamakan Jawi Lipstik kerana Jawi adalah tulisan yang digunakan di awal penerbitan media cetak di negara ini dan lipstik merupakan simbolik kecantikan buat hijabi.

Apa yang lebih menarik,  majalah ini didatangkan dengan ‘surprise box’. Setiap surprise box mempunyai sebotol pencuci hijab Maxkleen9 dan satu barangan dari jenama terpilih yang lain. Dapatkan ‘Surprise Box’ Hijabista Jawi Lipstik secara eksklusif di 7-Eleven bermula 18 Julai 2019 di cawangan terpilih seluruh semenanjung Malaysia kecuali Langkawi.