SHAH ALAM – Projek Wakaf Al-Quran Untuk Hospital dan Pusat Kesihatan Seluruh Malaysia yang dilancarkan lebih seminggu lalu mendapat sambutan luar biasa melebihi sasaran. Sehingga jam 2.30 petang, Isnin 13.4.2020 sebanyak 35,251 naskhah Al-Quran Mu’jam yang berharga RM45.00 senaskah telah diwakafkan oleh ummah dalam misi MengQurankan Bangsa & MengIkhlaskan Ummah.
Atas permintaan dan niat untuk terus menghidupkan Ramadan ini dengan cahaya Al-Quran, projek yang didukung oleh JAKIM, TV AL-HIJRAH, KARANGKRAF, SINAR HARIAN, IDEAKTIV & MAJLIS DAKWAH NEGARA dan diuruskan oleh WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION ini akan dibuka ke fasa kedua bermula hari ini.
WAKAF AL-QURAN FASA 1 TAMAT & FASA 2 BERMULA: 40 RIBU QURAN UNTUK 400 #QURANCORNER
Mulai jam 2.31 petang, projek ini dengan rasminya memulakan Fasa 2 program Wakaf Ummah, dengan Al- Quran Al-Haramain atau Al Quran Multazam bil Hadis dengan harga RM40.00 senaskah sebagai Quran-Quran yang akan dijadikan Wakaf. Ini bermakna semua wang yang diterima selepas masa tersebut akan dikira sebagai wakaf Fasa 2.
Projek Fasa 1: Wakaf Al-Quran Mu’jam dan agihan sedang berlangsung di semua sekitar 200 lokasi terpilih dari lebih 2,500 hospital, pusat kesihatan dan kuarantin di seluruh negara. Agihan infak Al-Quran 2,500 naskhah kepada polis, tentera dan petugas barisan hadapan yang lain juga sedang dilakukan khusus untuk Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Bagi Wakaf Fasa 2 pula mensasarkan 40 ribu naskah Al-Quran keseluruhan yang akan diagihkan untuk mengaktifkan #QuranCorner di hospital, pusat kesihatan dan kuarantin serta balai polis, tentera dan lokasi terpilih.
BAGAIMANA INGIN MEMBUAT SUMBANGAN WAKAF
- Buat sumbangan Wakaf RM40/senaskah kepada WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION. Tulis Rujukan – WAKAF QURAN FASA 2
MBB: 5642 7651 6031 - Niatkan wakaf untuk diri sendiri, ibu ayah dan orang tersayang yang masih ada atau telah meninggal dunia.
- Berikan butiran di bit.ly/wakafquranhospital
- Whatsapp slip bayaran ke http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
Orang ramai yang ingin berwakaf dinasihatkan untuk sentiasa semak no akaun sumbangan yang disalurkan perlulah kepada WARISAN UMMAH IKHLAS FOUNDATION. Dapatkan maklumat wakaf, agihan dan informasi terkini dari laman rasmi media yang terlibat dalam projek Wakaf.
PEMILIHAN AL-QURAN MULTAZAM BIL HADIS & AL-HARAMAIN
Al-Quran ini dipilih kerana terdapat terjemahan serta tajwid berwarna untuk membantu petugas dan orang ramai berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi dari Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Program 1 Jam bersama Malaysia #QuranTime di TV Al-Hijrah setiap hari dan distrim di laman sosial QuranHour membantu rakyat Malaysia untuk berinteraksi dengan Al-Quran: Baca, Faham dan Amalkan.
Semoga Ramadan 1441H ini, menjadi momentum besar untuk kita gemakan Al-Quran di mana sahaja dan negara ini dicucuri Rahmat oleh Allah SWT, Biidznillah.