World #QuranHour 2025 : Angkat Semangat Hawarriyun, Teruskan Misi Satukan Ummah

Tahun ini melakar sejarah tersendiri apabila program World #QuranHour anjuran Warisan Ummah Ikhlas genap sedekad penganjurannya. Meneruskan misi demi untuk menyatukan ummah melalui al-Quran dalam usaha menyebarluaskan nilai-nilai Al-Quran ke seluruh dunia.

Tahun ini, surah Al-Saff dipilih sebagai surah utama yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Allah.

Dalam tempoh satu jam program ini berlangsung, ianya telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak malah ia turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Turut mengiringi baginda adalah YB Dato’ Seri Wan Azizah Binti Dr Wan Ismail yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia dan beberapa tokoh terhormat yang lain.

World #QuranHour 2025 : Angkat Semangat Hawarriyun, Teruskan Misi Satukan Ummah

Kempen World #QuranHour ini telah mencetuskan fenomena apabila mencapai 7.72 billion capaian di media sosial serta diadakan di 313 lokasi di 76 buah negara.

Program itu bukan sahaja memberi peluang kepada peserta serta masyarakat untuk menghayati al-Quran, malah mereka turut dibimbing untuk memahami maknanya melalui sesi tadabbur.

Selain membaca al-Quran, masyarakat juga dididik untuk memahami maksud ayat-ayatnya dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Ini adalah penting, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

World #QuranHour 2025 : Angkat Semangat Hawarriyun, Teruskan Misi Satukan Ummah